Skip to main content

Sembahyang tengah malam


Kita sebagai hamba Allah tentu sekali mengharapkan pertolongan dari Allah . Sembahyang tahjud satu2nya cara kita minta bantuan Allah agar d permudahkan segala urusan dunia kita.


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Walaupun tidak setiap hari cuba amalkan 1 minggu sekali.



Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)


Tujuan Solat Tahajjud:-

1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Kelebihan Solat Tahajjud:-

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

petikan: dari fb.

Manusia hanya berusaha hanya Allah penentu segala-galanya. Bagi seorg peniagaan amalan sunat ini d galakan walaupun sedikit tetapi berterusan.

Peringatan utk mengingatkan diri ku yg lupa.


Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

Pomifera Pure

 Pomifera Shaklee adalah produk penjagaan kulit yang terkenal dengan bahan-bahan semulajadinya, terutama minyak pomifera, yang kaya dengan antioksidan dan asid lemak penting. Sesuai untuk senua peringkat umur. Untuk wanita berusia macam kak ita sudah 60 tahun ke atas, produk ini boleh memberi manfaat kerana ia membantu melembapkan kulit, mengurangkan penampilan kedutan, dan meningkatkan keanjalan kulit. Pure Kesan Pure pada kulit Cara menggunakan PURE  Pomifera adalah seperti berikut: Cuci Muka: Mulakan dengan mencuci muka menggunakan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pastikan muka anda bersih dan kering sebelum menggunakan serum. Guna Toner (Pilihan): Jika anda menggunakan toner, sapukan toner selepas mencuci muka dan biarkan ia meresap sepenuhnya. Sapukan Serum: Ambil beberapa titis serum Pomifera pada hujung jari anda. Sapukan serum secara perlahan-lahan pada wajah dan leher, elakkan kawasan mata. Urut serum ke dalam kulit dengan gerakan membulat sehingga ia ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

  Saya mengenali  Shaklee semenjak 1999. Pada peringkat awal memang saya kurang percaya kepada  vitamin . Saya lebih suka pergi beli sendiri ubat di farmasi atau pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.  Vitamin atau Suplemen tidak masuk dalam kamus saya. Sehinggalah saya sendiri yang mengalami masalah kesihatan sehinggakan doktor hendak membuat pembedahan keatas saya . Atas nasihatan kawan, dia mencadangkan saya mencuba vitamin Shaklee sebab dia sudah makan dan merasai kesan yang baik bila mengambil vitamin Shaklee. Sebab tidak mahu di bedah saya makan secara konsistan selama 2 minggu masalah sakit perut yang saya hadapi hilang dan period saya kembali seperti biasa. Alhamdulillah.   Mengapa saya memilih Vitamin Shaklee 💕    1.    Produk Shaklee sudah berusia 100 tahun.        Shaklee komited membuat produk dari bahan semulajadi yang asli 💚Produk bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbaha...