Skip to main content

Bagaimana Buat Intermittent Fasting Yang Betul

Ramai gila orang buat IF ( intermittent fasting) ?  Apa tuuuuu

Apa itu   Intermittent Fasting ?

 IF ni sesuai ke  untuk semua orang!!!

Kini Intermittent fasting atau diet berpuasa adalah kaedah yang digunakan untuk mengawal jadual pemakanan dengan berpuasa pada masa yang tertentu.

Tempoh puasa secara amnya antara 12 jam hingga 40 jam.




Diet Intermittent fasting berbeza daripada kaedah diet lain di mana diet biasanya mengawal pengambilan makanan tertentu manakala kaedah Intermittent fasting cenderung untuk mengawal tabiat pemakanan harian. 

Diet membolehkan seseorang makan makanan yang sihat manakala IF mensyorkan  semasa berpuasa untuk mengambil air dan  minuman bebas kalori seperti teh dan kopi.




BAGAIMANA CARA UNTUK MELAKUKAN INTERMITTENT FASTING ( IF)?

IF mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangkan pengambilan makanan,

Kaedah ini hanya mengambil masa kira-kira seminggu pada bila-bila masa untuk berpuasa.

Masa berpuasa ini kita di kehendaki mengambil sedikit makanan atau tidak  makan langsung. 


Ada beberapa cara untuk kita memulakan diet IF.

 Cara yang paling popular adalah 

1. Kaedah 16/8 

   maksudnya kita berpuasa selama 16 jam dan  kita boleh mengambil makanan             selama 8 jam . Kaedah ini paling popular,

   Contoh: kita boleh makan dari jam 1 hingga 9  malam dan berpuasa hingga                 16 jam   berikutnya.

  2. Diet 5:2

 Islami Intermittent Fasting ( IIF)  kaedah puasa orang Islam puasa 2 hari seminggu iaitu Isnin dan Khamis.

 3. Eat-Stop-Eat

  Lakukan puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu

4. Puasa Ganti Hari  _ Puasa setiap hari

5, Diet Pahlawan 

   Puasa pada siang hari makan banyak pada malam hari

6. Poteng Makan

   Makan saja apabila sesuai


Sebagai seorang Islam kita sudah biasa dengn teknik 2 dan 4. 

Diet 5:2 juga di kenali sebagai Diet Pantas yang mana kita berpuasa berselang seli. Ia di panggil Diet 5:2 kerana lima hari dalam seminggu adalah makan biasa manakali dua hari menghadkan kalori kepada 500-600 sehari.

Pada tahun 2012, Michael Longer mengeluarkan dokumentari TVnya " Eat Fast Live Longer dan  menerbitkan buku "The Fast Diet" kedua-duanya berkonsep 5:2 

Konsep ini sudah lama di amalkan oleh orang Islam . Buktinya Isteri Nabi Muhammad SAW Saidatina  Aisyah meriwatkan " Nabi pernah berpuasa pada hari Isnin dn Khamis"

Dalil lain dari Abdullah bin Amr berkata :

  Rasullullah SAW bersabda: "Puasa yang utama adalah puasa saudaraku Daud. Dia berpuasa sehari dan tidak berpuasa keesokkan harinya

Puasa Nabi Daud AS adalah yang paling di cintai oleh Allah.


FAEDAH KITA DAPAT APABILA MELAKUKAN IF

1. Berat badan akan menurun

   Bagi anda yang mengalami masalah obesiti dan memang fokus untuk menurunkan berat badan boleh cuba program IF. Kaedah  ini memang membantu anda menurunkan berat badan secara semula jadi.

Puasa yang di lakukan secara berselang seli akan menjadikan badan kurang pengambilan kalori daripada biasa



2. Turunkan gula dalam darah - 

    Menurut kajian, IF boleh mengurangkan ketahanan insulin gula dalam darah sebanyak 3% hingga 6 %

    Pesakit kencing manis perlu minta nasihat doktor sebelum melakukan IF.

3, Menjaga kesihatan jantung

   Serangan jantung adalah salah satu penyakit maut yang paling terkenal yang menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan umur.

   Puasa untuk jangka masa tertentu  semasa IF dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat .

4. Mengubah fungsi hormon,sel dn gen

    Selagi kita tak makan , Perubahan tahap hormon menjadikan lemak badan yang di simpan lebih mudah di buang dan menyokong proses pembaikan sel.

5. Kesihatan Otak

   IF di ketahui dapat meningkatkan pertumbuhan neuron baru dan melindungi 

   otak dari kerosakan,

6. Kualiti tidur yang lebih baik

    Ramai orang yang melakukan IF mendakwa  tidur akan jadi lebih nyenyak.

7. Mencegah keradangan dalam badan

    Terbukti IF mengurangkan keradangan dan  mencegah jangkitan yang berterusan.

Jadi ini adalah beberapa maklumut tentang Intermittent Fasting atau IF.

Di sarankan sentiasa mendapat nasihat dari doktor sebelum memulakan program diet ini supaya perkara yang tidak di ingini tidak berlaku.


#shakleethrive23

#shakleetriump23

#megablogshaklee

#empirealmukmin

#shakleetemerloh

#masterhjhrozyta






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

Pomifera Pure

 Pomifera Shaklee adalah produk penjagaan kulit yang terkenal dengan bahan-bahan semulajadinya, terutama minyak pomifera, yang kaya dengan antioksidan dan asid lemak penting. Sesuai untuk senua peringkat umur. Untuk wanita berusia macam kak ita sudah 60 tahun ke atas, produk ini boleh memberi manfaat kerana ia membantu melembapkan kulit, mengurangkan penampilan kedutan, dan meningkatkan keanjalan kulit. Pure Kesan Pure pada kulit Cara menggunakan PURE  Pomifera adalah seperti berikut: Cuci Muka: Mulakan dengan mencuci muka menggunakan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pastikan muka anda bersih dan kering sebelum menggunakan serum. Guna Toner (Pilihan): Jika anda menggunakan toner, sapukan toner selepas mencuci muka dan biarkan ia meresap sepenuhnya. Sapukan Serum: Ambil beberapa titis serum Pomifera pada hujung jari anda. Sapukan serum secara perlahan-lahan pada wajah dan leher, elakkan kawasan mata. Urut serum ke dalam kulit dengan gerakan membulat sehingga ia ...

2 faedah Kalsium untuk badan

 2 faedah utama Ostematrix Shaklee yang perlu kita tahu >>>   ### 1. **Menyokong Kesihatan Tulang dan Gigi** Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, dan mineral penting lain yang membantu membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, manakala vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan, memastikan tulang kekal kuat dan sihat. Semua mineral ini ada dalam Ostenutrix Shaklee. ### 2. **Meningkatkan Kualiti Tidur dan Mengurangkan Kekejangan Otot** Magnesium dalam Ostematrix membantu merehatkan otot dan saraf, yang dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia juga membantu mengurangkan kekejangan otot dan ketegangan, terutama bagi mereka yang sering mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Dengan pengambilan Ostematrix, anda boleh menikmati tidur yang lebih nyenyak dan bangun dengan rasa lebih segar. Dengan manfaat-manfaat ini, Ostematrix Shaklee adalah suplemen yang baik untuk menyokong...