Kak Ita telah start menulis Blog dari tahun 2014 . Tidak mengikuti apa-apa kelas yang khusus . Menulis dan belajar sendiri . Ada masa bersawang cuci semula bersawang balik. Memang buat sendiri tiada ikut mana-mana kelas akhirnya tak ke mana.
Apabila Master Norita buka peluang untuk join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini kak sangat teruja untuk join. Harapan kak dapat menimba ilmu dari mereka yang pakar terutama dengan Master Norita yang telah 24 tahun menulis Blog tanpa berhenti. beliau memang minat menulis . Boleh tengok blog beliau di www.anakkuwiraku.com
Alhamdulillah bersyukur amat bila Master Norita wasap kak Ita memberitahu Program Blog Mega Shaklee 1.0 terbuka pada semua ahli Shaklee . Target penyertaan hanya 100 peserta tetapi hampir 200 ahli yang hendak join. Program ini percuma je.
Tujuan Program Blog Mega Shaklee 1.0 ini adalah untuk menaikkan "wave" yang pernah berlaku pada tahun 2014 yang mana waktu itu ada ahli Shaklee yang memperolehi bonus lebih rm700 ribu sebulan . Waktu itu fokus menulis Blog tentang "Set Ibu Menyusu". Mereka menulis entry dengan tajuk yang sama.
Walaupun sekarang banyak platform online kita ada tetapi Blog adalah platform yang sangat membantu bisnes Shaklee yang mana kita boleh share dan dapat customer jika kita tahu teknik yang betul,
Blog adalah macam kedai kita yang perlu di buka setiap hari , Oleh itu kita kena rajin menulis entry agar sharing kita dapat menafaat pada orang yang singgah di Blog kita. Anggap sahaja Blog kita macam Dairi. Kenalah update setiap hari,
Projek Blog Mega Shaklee 1.0 berjalan selama 2 minggu. Hanya 2 entry yang perlu kami buat .Ini hasil entry kak Ita boleh tengok -- Entry 1 bertajuk " Intermitten Fasting" dan Entry 2 bertajuk "Set Kurus Shaklee" , Nampak mudah tapi bila kita menulis dengan berguru dan buat secara beramai-ramai baru kita tahu banyak ilmu yang perlu ada bila hendak menulis di Blog. Terima kasih tak terhingga juga kepada Master Salwa Zeyn banyak membimbing kami sehingga selesai projek 1.0 ini.
Master Norita mengadakan projek ini adalah untuk membantu semua ahli Shaklee berjaya dengan Bisnes Shaklee dan beliau berbesar hati menyediakan juga hadiah yang bukan calang-calang. Hadiah utama berupa Vivix . Harga jual rm 498 sebotol. Hadiah ke 2 Collagen Powder rm 298 sekotak dn hadiah ketiga Nutriferon rm 198 sekotak,
Selama 2 minggu kami di bimbing di group FB Mega blog Shaklee 1.0, kerap jumpa di zoom meeting, ada wasap secara personal dan semua aktiviti ini sangat membantu supaya projek ini berjalan dengan lancar. Kak ita Amat bersyukur sangat selain di bimbing kami juga di beri reward atas effort yang kami buat. Alhamdulillah Kak dapat juga hadiah Nutriferon, Tahniah pada ahli yang dapat Vivix dan collagen powder.
Comments
Post a Comment