Skip to main content

8 Tips Untuk Kurus Dengan Cepat dan Sihat

 Assalamualaikum,

Ramai orang nak kelihatan kurus.Tetapi kurus dengan cepat bukanlah cara yang terbaik. Kak Ita tidak menggalakkan cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat kerana ia akan merbahayakan dari segi kesihatan.  Jika berat badan turun dengan cepat mengakibatkan pengurangan cecair dan berat otot bukan lemak. 



  Selain itu, penurunan berat badan yang cepat tidak kekal kerana tubuh kita akan mengekalkan berat badan yang lama  dalam jangka masa yang lama . Setiap kita akan mendapat  bentuk badan  hasil dari faktor pemakanan seharian dan faktor genetik, Kurus dengan cepat kenalah benar-benar dapat bimbingan dari yang pakar tentang gizi pemakanan. 

Bagaimanakah cara untuk kita tahu berat badan kita normal . Caranya adalah dengan  mengira BMI( Body Mass Index) atau  Indeks Jisim Tubuh (IJM)


Umumnya BMI merupakan suatu nilai badan seseorang individu berdasarkan kiraan nisbah berat badan dengan ketinggian.Formula BMI seperti berikut:-


                            Berat ( kilogram)

BMI      =        -------------------------------

                   Tinggi ( meter) X Tinggi ( meter)


BMI yang normal adalah di antara 18.5 sehingga 24.5 .

Jika BMI kurang dari 18.5 di kira kekurangan berat badan atau under weight

Sebaliknya jika BMI lebih 24.5 di kira berat badan berlebihan atau over weight.

Setelah mendpatkan hasi pengiraan BMI, maka boleh lah kita tahu samada kita ini kurus atau terlebih berat.


 8 Tips untuk menurunkan berat badan secara sihat

1. Hindari makanan yang tinggi lemak, cut off sugar ini yang paling penting. Pilih makanan yang kaya akan serat dan protein sepeti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang,dan biji-bijian.

2. Pastikan tidak makan terlalu banyak ikut suku suku separuhdan elakkan makanan ringan yang tidak sihat.

3. Minum banyak air kosong setiap hari lebih kurang 8 gelas air kosong

4.Lakukan senaman 30 minit sehari selama 5 hari seminggu. Pilih senaman seperti berjalan kaki, lari, berbasikal dan berenang,

5. Tidur yang cukup. Tidur yang cukup membantu menjaga hormon yang mengatur nafsu makan dan berat badan menjadi seimbang. Usaha tidur 7-8 jam setiap malam.

6. Hindari stress kerana Stress akan meningkatkan penghasilan hormon yang membantu meningkatkan nafsu makan, Cara terbaik untuk mengatasi  stress adalah banyakkan solat atau kegiatan meditasi atau yoga.

7. Jangan lambatkan sarapan. Sarapan adalah penting untuk memberi tenaga pada tubuh dan merasa kenyang lebih lama.

8. Hindari makanan yang di proses. Makanan proses cenderung tinggi kalori, gula, lemak yang mana menyusahkan berat badan untuk turun.


Shaklee ada mengeluarkan produk HELLO NEW YOU yang lengkap bagi membantu kita Kurus dengan Cepat dan SIhat.  

Semoga membantu semua...


Untuk mendapatkan maklumat terperinci tekan Set HELLO NEW YOU.


Untuk mendapatkan  konsultasi percuma boleh wasap.my/60199304728








Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

Pomifera Pure

 Pomifera Shaklee adalah produk penjagaan kulit yang terkenal dengan bahan-bahan semulajadinya, terutama minyak pomifera, yang kaya dengan antioksidan dan asid lemak penting. Sesuai untuk senua peringkat umur. Untuk wanita berusia macam kak ita sudah 60 tahun ke atas, produk ini boleh memberi manfaat kerana ia membantu melembapkan kulit, mengurangkan penampilan kedutan, dan meningkatkan keanjalan kulit. Pure Kesan Pure pada kulit Cara menggunakan PURE  Pomifera adalah seperti berikut: Cuci Muka: Mulakan dengan mencuci muka menggunakan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pastikan muka anda bersih dan kering sebelum menggunakan serum. Guna Toner (Pilihan): Jika anda menggunakan toner, sapukan toner selepas mencuci muka dan biarkan ia meresap sepenuhnya. Sapukan Serum: Ambil beberapa titis serum Pomifera pada hujung jari anda. Sapukan serum secara perlahan-lahan pada wajah dan leher, elakkan kawasan mata. Urut serum ke dalam kulit dengan gerakan membulat sehingga ia ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

  Saya mengenali  Shaklee semenjak 1999. Pada peringkat awal memang saya kurang percaya kepada  vitamin . Saya lebih suka pergi beli sendiri ubat di farmasi atau pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.  Vitamin atau Suplemen tidak masuk dalam kamus saya. Sehinggalah saya sendiri yang mengalami masalah kesihatan sehinggakan doktor hendak membuat pembedahan keatas saya . Atas nasihatan kawan, dia mencadangkan saya mencuba vitamin Shaklee sebab dia sudah makan dan merasai kesan yang baik bila mengambil vitamin Shaklee. Sebab tidak mahu di bedah saya makan secara konsistan selama 2 minggu masalah sakit perut yang saya hadapi hilang dan period saya kembali seperti biasa. Alhamdulillah.   Mengapa saya memilih Vitamin Shaklee 💕    1.    Produk Shaklee sudah berusia 100 tahun.        Shaklee komited membuat produk dari bahan semulajadi yang asli 💚Produk bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbaha...