Skip to main content

Rumah Terbuka Pada Hari Raya

 ALHAMDULILLAH 

Rumah terbuka pada Hari Raya  adalah tradisi yang di amalkan di Malaysia. Di mana semua umat Islam akan menjemput  tetamu untuk datang ke rumah  meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang di sambut setahun sekali ini. Ini adalah masa untuk kenalan dan saudara mara memohon ampun maaf antara satu sama lain. Sambutan ini  kita je yang buat open house selama 1 bulan tak salah pun. 


Kebiasaan pada Hari Raya pertama anak-anak akan menziarahi ke rumah ibubapa masing-masing. Bagi yang tiada lagi ibu dan ayah mereka akan mengunjungi rumah adik beradik  yang berdekatan.

Tahun ini ramai juga saudara mara yang menziarahi kami, Alhamdulillah. Suasana sangat meriah . Sungguhnya kehadiran orang ke rumah kita akan membuka banyak  rezeki pada tuan rumah. Insya Allah. 



Ada 4 faedah kita buat Rumah Terbuka pada Hari Raya iaitu:

1.Dengan adanya rumah terbuka memperkuatkan ikatan ke keluargaan. Ini lah momen-momen berharga bagi anggota keluarga yang jarang berjumpa. Akan ada cerita yang menarik sesungguhnya akan mengiratkan ikatan kekeluargaan.

2.Rumah terbuka akan memberi kesempatan bagi orang-orang dari latar belakang budaya yang berbeza untuk memahami dan menghormati tradisi dan budaya umat Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri.

3. Kanak-kanak lah yang paling gembira di Hari Raya sebab sudah menjadi tradisi jika berkunjung kerumah orang mesti dapat ang pow atau duit raya. Time ini lah kanak-kanak dapat kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Menjadi kesalahan jika ibubapa guna duit anak untuk berbelanja. Awas ya!!!



4. Rumah terbuka bukan hanya untuk umat Islam sahaja, Ia terbuka juga kepada  kaum lain sebab Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Ziarah menziarahi adalah budaya yang sangat di galakkan untuk mengeratkan silaturahim antara kaum. Ia akan menjadikan masyarakat kita hidup dalam harmonis dan ini akan menyatukan masyrakat yang berbagai agama.


Trend sekarang kebanyakan agensi-agensi koperat banyak membuat Rumah terbuka untuk pelanggan yang setia pada bulan Syawal. Baru- baru ni kerajaan ada buat Rumah terbuka di beberapa negeri seperti di Perlis, Kelantan,Trengganu dan Kuala Lumpur. Sambutan nya amat menggalakan. Semua rakyat dapat menyambut Hari Raya dengan  penuh kegembiraan.


Sempena Bulan Yang Mulia ini Kak Ita ingin memohon Ampun dan Maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkongsian Kak Ita disini. 

Untuk mendapatkan konsultasi percuma tentang produk kesihatan boleh terus wasap 0199304728 Shaklee Temerloh.









Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

  Saya mengenali  Shaklee semenjak 1999. Pada peringkat awal memang saya kurang percaya kepada  vitamin . Saya lebih suka pergi beli sendiri ubat di farmasi atau pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.  Vitamin atau Suplemen tidak masuk dalam kamus saya. Sehinggalah saya sendiri yang mengalami masalah kesihatan sehinggakan doktor hendak membuat pembedahan keatas saya . Atas nasihatan kawan, dia mencadangkan saya mencuba vitamin Shaklee sebab dia sudah makan dan merasai kesan yang baik bila mengambil vitamin Shaklee. Sebab tidak mahu di bedah saya makan secara konsistan selama 2 minggu masalah sakit perut yang saya hadapi hilang dan period saya kembali seperti biasa. Alhamdulillah.   Mengapa saya memilih Vitamin Shaklee 💕    1.    Produk Shaklee sudah berusia 100 tahun.        Shaklee komited membuat produk dari bahan semulajadi yang asli 💚Produk bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbaha...

Raya raya sepanjang Syawal 2024

 Setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan  tiba masanya kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Sambutan Raya tahun ini agak sederhana tetapi meriah. Tahun ini kita beraya di temerloh dulu. Semoga ibadah puasa kita di terima oleh Allah. Raya di temerloh jaya Raya di rumah Athira Raya di keramat Keluarga sebelah Pahnag Majlis perkahwinan  Hana anak abg Mohammad Selamat Hari Raya, Maaf zahir dn Batin