Assalamualaikum
Gaya hidup yang sihat bagi warga emas merupakan kunci utama kepada kesejahteraan hidup manusia. Terdapat pelbagai cara dalam mengamalkan kehidupan yang sihat.
Berikut adalah beberapa contoh amalan gaya hidup sihat untuk orsng dewasa dan warga emas
1. Makanan seimbang
Amalkan pemakanan yang seimbang dengan mengandungi pelbagai jenis makanan yang berkhasiat. Pastikan diet kita mengandungi jumlah yang mencukupi dari karbohidrat, protin, lemak sihat, serat, vitamin dan mineral. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak tepu. Amalkan pemakanan yang bersumberkan dari makanan segar dan tidak di proses. Juga pastikan untuk minum air yang mencukupi. Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.
Makanan tambahan yang sangat penting untuk warga emas seperti ESP, Vita-Lize, B Complex , Vita C, Ostenutrix dan Omega. Jika perlukan konsultasi percuma boleh hubungi 0199304728 ( Kak ita)
2. Aktiviti Fizikal . Lakukan aktiviti fizikal yang sesuai dengan keupayaan individu. Lakukan aktiviti fizikal secara santai . Contoh senaman seperti berjalan kaki, Tai Chi, yoga atau aktiviti seperti tarian atau berkebun. Senaman dapat membantu memelihara kekuatan otot, fleksibiliti, keseimbangan dan mengurangkan risiko jatuh.
Jaga kecergasan mental dengan melakukan latihan otak seperti membaca, menyelesaikan teka-teki silang, bermain catur atau belajar sesuatu yang baru. Latihan kognitif dapat membantu menjaga kecerdasan, meningkatkan daya ingatan dan latihan kemahiran kognitif.Amalan gaya hidup sihat bermula dari diri sendiri.
4. Sosialisasi
Sosialisasi dengan keluarga, sahabat dan komuniti adalah penting untuk mensejahteraan sosial dan emosi, Sertai program di anjurkan oleh taman tempat tinggal seperti kegiatan sukarela, usrah. program mengaji dan sembahyang berjemaah di masjid bagi orang islam .Interaksi sosial ini dapat meningkatkan suasana hati, mengurangkan kesepian dan memberi rasa ketenangan jiwa. Amalan gaya hidup sihat perlukan pengisian rohani.
5.Tidur yang cukup
Pastikan mendapatkan tidur yang berkualiti dan cukup setiap malam. Tidur yang baik membantu pemulihan tubuh, memperbaiki daya tumpuan dan meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan,
Elak masa tayangan skrin digital 30 minit sebelum tidor.
6. Pemeriksaan kesihatan yang berkala
Jumpa doktor secara berkala 6 bulan 1x. Pantau tekanan darah, kolestrol, gula darah dan faktor-faktor risiko lain. Ikut jadual vaksinasi yang di sarankan oleh pihak kesihatan. Penting untuk warga emas melakukan amalan gaya hidup sihat dengan membuat pemeriksaan berkala agar sentiasa sihat fizikal dan jasmani.
7. Aktiviti Mental
Belajar perkara baru, sertai kelas, baca buku atau terlibat dalam aktiviti yang meningkatkan intelektual. Ini akan membantu menjaga kecergasan otak dan mengaktifkan mental.
Semua 7 amalan ini penting untuk di amalkan bagi orang dewasa dan warga emas. Semoga perkongsian ini membantu,
Terima Kasih
Hj Rozyta Ismail
Master Coordinator Shaklee
Comments
Post a Comment