Skip to main content

Tips Travel Ke Luar Negara Bersama Keluarga

 Assalamualaikum

Alhamdulillah

Siapa sini suka Travel? 

Kak ita dan Suami memang target setiap tahun bercuti samada dengan tiket Shaklee atau guna duit sendiri  untuk travel .

Alhamdulillah, hampir setiap tahun Kak Ita berpeluang  travel dengan Shaklee. Mulai tahun lepas kak Ita sudah memikirkan untuk membawa semua ahli keluarga Kak Ita travel bersama-sama . Bercuti bersama keluarga amat menyeronokkan. Kami  merancang tarikh yang sesuai agar semua anak-anak , cucu dan menantu dapat bersama-sama bercuti  ke luar negara .  

Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita buat agar percutian kita akan  berjalan lancar.

Seramai 14 orang  dalam robongan ke Korea



Tips Travel keluar negara bersama keluarga:-

1. Masa dan Tarikh yang sesuai 
    KIta kena plan bila hendak travel. Pastikan tarikh untuk travel sesuai  untuk semua. Bincang bersama keluarga destinasi dan minat semua anggota keluarga. Contoh tahun lepas kami sekeluarga ke Turkey. Tahun ini ke Korea. Percutian akan datang ke New Zealand. Insya Allah.

2. Travel  ke luar Negara perlukan  passport. Pastikan  passport masih boleh di gunakan sekurang-kurang 6 bulan sebelum expired. Kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun pula perlu membayar 50% tiket penerbangan. Masa ni lah moment yang paling best dapat bawa cucu jalan-jalan.




3. Penginapan yang selesa
   Pastikan kita memilih  tempat penginapan yang selesa dan mampu milik. Kena pandai buat  survey dan tanya kawan-kawan yang berpengalaman .  Perlu pilih penginapan yang selesa agar semua ahli keluarga dapat merehatkan diri sepanjang travel ke luar negara,


Tempat tinggal  di korea


4. Wang Saku
   Kami memilih untuk travel sendiri sebab tidak mahu terikat dengan jadual yang ketat  , sebab itu  semua keperluan  kena di fikirkan  sendiri dari pembelian tiket penerbangan, penginapan, kenderaan untuk berjalan dan sebagainya. Kami memang kumpul  duit untuk setiap trip yang kami buat. Perlu lah buat simpanan sikit-sikit dari awal jadi tidak terasa berat hendak bercuti nanti.

5. Makanan yang perlu di bawa.
   Setiap trip kami akan memilih apartment untuk menginap, Tujuannya agar kami dapat sentiasa bersama-sama sepanjang percutian. Agak tidak sesuai memilih hotel sebab tinggal dibilik-bilik sendirian tidak dapat buat aktiviti bersama. Biasa kami akan bawa periok, beras, makanan dalam tin. yang mana sesuai. Jimat duit jika kita sediakan makanan sendiri, Makanan kita masak sudah pasti bersih dan halal di makanan.

6. Jadual perjalanan yang flesibel
Perlu di buat jadual  perjalanan setiap hari. Jadual perlu fleksibel sebab melibatkan kanak-kanak. Setiap hari kita kena  berjalan , stroller baby sangat membantu untuk kanak-kanak. Jangan buat  jadual  yang terlalu padat .Perlu disesuaikan agar percutian  yang mengembirakan seluruh ahli keluarga .



7. Rencanakan aktiviti bersama keluarga seperti makan bersama, sembahyang bersama, bermain game, atau pergi tempat-tempat yang menarik sesuai di buat kenangan bila balik ke tanah air nanti.

Sambutan Hari Jadi kak Ita di Korea



Dengan persiapan yang rapi. perjalanan atau trip bersama keluarga akan menjadi pengalaman yang tidak dapat di lupakan dan menyenangkan bagi semua anggota keluarga.

Kak Ita tak sabar untuk Travel bersama keluarga tahun hadapan .
Semoga tips ini membantu anda semua untuk travel bersama keluarga. 
Yang pasti sangat menarik jika kita plan betul-betul.

Semoga sharing ini bermenafaat untuk semua.

Sekian. Terima Kasih


Kak Ita
Master Coordinator Shaklee








    


Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

  Saya mengenali  Shaklee semenjak 1999. Pada peringkat awal memang saya kurang percaya kepada  vitamin . Saya lebih suka pergi beli sendiri ubat di farmasi atau pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.  Vitamin atau Suplemen tidak masuk dalam kamus saya. Sehinggalah saya sendiri yang mengalami masalah kesihatan sehinggakan doktor hendak membuat pembedahan keatas saya . Atas nasihatan kawan, dia mencadangkan saya mencuba vitamin Shaklee sebab dia sudah makan dan merasai kesan yang baik bila mengambil vitamin Shaklee. Sebab tidak mahu di bedah saya makan secara konsistan selama 2 minggu masalah sakit perut yang saya hadapi hilang dan period saya kembali seperti biasa. Alhamdulillah.   Mengapa saya memilih Vitamin Shaklee 💕    1.    Produk Shaklee sudah berusia 100 tahun.        Shaklee komited membuat produk dari bahan semulajadi yang asli 💚Produk bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbaha...

Doa Yang Bagus Untuk Wanita

  Doa adalah cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memohon petunjuk, perlindungan serta keberkhana dalam kehidupan sehari-hari.  Berikut adalah doa yang bagus untuk wanita muslim 1 Doa Pembuka Ijabah 2. Doa kesihatan dan keamanan 3. Doa untuk hidayah dan ilmu yang bermenafaat I ngatlah bahawa doa-doa ini  harus di baca dengan tenang . Penting untuk merasa dekat dengan Allah dalam setiap doa yang di baca